Dewan Rakyat rakam takziah serangan di NZ
  • 5 years ago
Dewan Rakyat malam tadi merakamkan ucapan takziah dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lepas.Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Yusof menyampaikan ucapan itu selepas perbahasan usul mengutuk insiden serangan berkenaan yang dikemukakan Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim.Beliau turut memohon Anggota Parlimen yang beragama Islam membaca Al-Fatihah sementara bagi yang bukan Islam bertafakur sebagai tanda hormat.