Tentera tembak mati belia Palestin cedera dihukum penjara 20 tahun

  • 7 years ago
Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan, Elor Azaria bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun kerana menembak mati lelaki Palestin ketika cedera berbaring di atas jalan.

BBC melaporkan Azaria, berusia 20 tahun, didapati bersalah atas tuduhan membunuh kerana menembak mati Abdul Fatah al-Sharif, 21 tahun pada insiden Mac tahun lalu.

Mahkamah akan memutuskan bila tarikh untuk hukuman itu dijatuhkan.

Bagi panel tiga hakim, berkata tiada sebab untuk Azaria melepaskan tembakan kerana lelaki Palestin itu tidak lagi memberikan ancaman.

Dengan memakai uniform tentera, Azaria masuk ke mahkamah semalam sambil tersenyum dengan anggota keluarga dan penyokongnya bertepuk tangan manakala seorang lelaki memeluknya.

Sementara itu, Perdana Menteri Israrel Benjamin Netanyahu berkata dia menyokong supaya pengampunan diberikan kepada Azaria.

Namun, bagi bapa mangsa, Yusri al-Sharif, dia mahu anggota tentera yang menembak mati anak itu dihukum penjara seumur hidup.

Katanya, ia adalah sama seperti hukuman yang diterima anak-anak Palestin dalam penjara Israel.

Perbicaraan itu turut mencetuskan perbalahan di Israel.