Ibu, anak nyaris lemas di kolam bola

  • 6 years ago
Seorang ibu bersama anaknya nyaris lemas ketika bermain di taman hiburan 'kolam bola' di sebuah pusat beli belah di Singapura, Sabtu lalu.

Dalam satu penjelasan di Facebook, wanita yang memiliki ketinggian 1.72 meter itu menerangkan beliau hilang imbangan lalu jatuh ke belakang setelah memijak bola di kolam itu.

Ini menyebabkan dirinya tidak boleh bangun walaupun cuba berusaha untuk memijak jaring di bawah, namun tidak berjaya.

Katanya, beliau bernasib baik apabila pembantu rumah yang sedang merakam aktiviti tersebut, menyedari ada sesuatu yang tidak kena kepada mereka.

Menyedari tidak ada sesiapa yang tolong, beliau berjaya memaut tangan seseorang untuk menyeimbangkan badannya dan menarik anaknya bersama dua lagi kanak-kanak.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar memerhatikan anak masing-masing untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.