Nyaris tempah maut angkara 'selfie'

  • 6 years ago
Video dramatik menunjukkan seorang lelaki yang dikenali Shiva, tersenyum di kamera telefon bimbitnya sambil berdiri di tepi landasan kereta api di kawasan Lingampally di Hyderabad, India, nyaris maut digilis kereta api.

Bagaimanapun, Shiva terselamat dari perlanggaran walaupun mengalami kecederaan di kepala.

Dalam video itu, kedengaran kereta api itu membunyikan isyarat amaran agar lelaki itu tahu bahawa dia dalam keadaan posisi bahaya.

Namun, amaran itu tidak diendahkan dan Shiva tetap bertekad untuk merakam aksi selfienya itu.

Difahamkan, kira-kira 60 peratus kematian akibat selfie di antara Mac 2014 hingga September 2016 berlaku di India.