Farid Kamil hadapi 4 tuduhan jenayah

  • 6 years ago
Datuk Farid Kamil hari ini menghadapi empat tuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, termasuk mendatangkan kecederaan dan berkelakuan tidak senonoh.

Pelakon Anak Halal, Lagenda Budak Setan dan Tombiruo: Penunggu Rimba itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di ke atasnya di depan majistret Nor Ariffin Hisham.

Pegawai pendakwa, Fazeedah Faik, mencadangkan Farid, 37, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan namun peguam pelakon terbabit, Athari Bahardin, mencadangkan kadar itu diturunkan kepada RM8,000 bagi semua dakwaan.

Majistret kemudian membenarkan Farid diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Farid kellihatan tenang apabila pegawai pendakwa membacakan satu demi satu tuduhan yang dikenakan terhadapnya tadi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas tuduhan mendatangkan kecederaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 (menampar anggota polis), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (mengambil dadah) dan 353 Kanun Keseksaan (tugas penjawat awam).

Mahkamah menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Isteri Farid, Diana Danielle, 27, muncul di mahkamah pada pagi tadi sebelum bergegas meninggalkan kawasan terbabit menaiki kereta selepas prosiding selesai.