Tendangan percuma bijak dari Philippe Coutinho

  • 7 years ago
Kemenangan bergaya Liverpool ke atas Brighton pada Sabtu malam cukup membuat peminat Liverpool melonjak ceria.

Itu buat penyokong Liverpool tetapi untuk pemerhati bola sepak pasti jaringan Philippe Coutinho minit ke 87 menjadi bualan.

Manakan tidak, pemain asal Brazil itu meledak gol menerusi satu sepakan percuma 'genius' memperdaya benteng Brighton hingga membuat penjaga gawang terkaku melihat bola menerjah jaring.

Coutinho menyepak seolah-olah bola akan ke atas dengan pemain Brighton yang membuat benteng melompat tetapi ternyata bola sepakan leret deras menerjah jaring.

Semua pemain Brighton tertipu hingga penjaga gawang tidak mampu melakukan apa-apa.

Recommended