Bajet 2022: Tuala wanita secara percuma kepada 130,000 remaja B40
  • 2 years ago
Kerajaan akan mengedarkan kit asas kebersihan diri - antara lain mengandungi tuala wanita - kepada 130,000 remaja wanita dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, daripada sesi libat urus dijalankan, kerajaan mendapati golongan terbabit tidak mendapat akses kepada produk kesihatan seperti tuala wanita kerana kekangan kewangan.