Dulu heboh semua percuma, sekarang sebaliknya - Najib

  • 4 years ago
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak memberi pandangan beliau mengenai kenaikan tarif air yang akan dinaikkan tahun depan.
"Tahun depan banyak akan naik, salah satunya kos air akan naik.

"Dulu dia heboh air percuma, nampaknya hari ini dilakukan sebaliknya'," kata Najib selepas ditemu media di Persidangan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata beliau akan mengadakan perbincangan penuh dengan negeri-negeri berkaitan mengenai isu tarif baharu air tidak lama lagi.