JDT menang, Janna Nick 'terpaksa' nyanyi 'luaskan kuasamu Johor'
  • 6 years ago
Pelakon cantik kelahiran Kedah, Janna Nick 'terpaksa' menyanyi selepas kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) menang Piala Malaysia 2017 pada Sabtu lalu.

Ini susulan janji pelakon tersebut yang akan menyanyikan lagu JDT jka pasukan pilihannya Kedah tewas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017.

Janna menyanyikan lagu 'luaskan kuasamu Johor' yang sinonim dinyanyikan penyokong JDT setiap kali perlawanan membabitkan kelab tersebut.

Rakaman tunai janji nyanyian Janna Nick dimuat di laman rasmi Instagram pelakon cantik tersebut.

Sebagai rekod Janna Nick pernah diselubungi kontroversi adegan 'ciuman' yang membabitkan pelakon popular Fattah Amin sebelum ini.