JDT menang, Farizal kembali dan Persija pulang hampa

  • 6 years ago
Perlawanan peringkat kumpulan H, Piala AFC 2018 di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Persija Jakarta berkesudahan 3-0.

Pasukan tuan rumah garang sebaik saja tiupan wisel dengan beberapa cubaan merbahaya seperti pada minit ketiga tandukan Fadhli Shas singgah dipalang ketika penjaga gawang sudah tertewas.

Luciano Figueroa juga hampir memecah kebuntuan namun tandukan tepat ke arah gol berjaya ditampan kemas penjaga gawang.

Akhirnya gol pertama JDT tampil menerusi penyerang Hazwan Bakhri yang bijak menyudahkan hantaran tepat Azrif Nasrulhaq.

Penyerang sensasi JDT, Jorge Pereyra Diaz meletakkan namanya sebagai penjaring untuk gol kedua dengan larian bijak yang melepasi perangkap ofside.

Gol ketiga JDT diledak pemain muda, Safawi Rashid pada minit ke-75 dengan satu sepakan lawa dari luar kotak penalti.

Perlawanan ini juga merupakan penampilan sulung Farizal Marlias selepas tamat tempoh penggantungan oleh AFC.