Gol Perak sah kata Subkhiddin

  • 7 years ago
Kontroversi jaringan 'sendri' pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), S kunalan yang sepatutnya menjadi jaringan penyamaan buat pasukan Perak membuat bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membuka mulut memberi penjelasan.

Subkhiddin Mohd Salleh berkata gol itu adalah sah dan sepatutnya diberkan kepada pasukan Perak, ini kerana Kunanlan tidak mendapat tekanan pemain Perak, Zaquan Adha hanya bergerak tanpa menghalang sebarang perbuatan Kunanlan untuk memainkan bola.

Tambahnya Kunalan hanya mendapat tekanan daripada perasaannya sendiri untuk menghalang daripada bola terlepas ke pihak lawan katanya seperti dilapor Berita Harian.

""Pembantu pengadil tersalah tafsir apabila dia melihat Zaquan berada pada posisi ofsaid dan hampir dengan Kunanlan"

"Begitulah realitinya pandangan yang bakal dilihat oleh pembantu pengadil dan berbeza dengan pandangan pengadil atau pembantu pengadil yang lain".

Subkhiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui kesilapan pengadil namun berkata sukar untuk melihat situasi secara realiti di atas padang jika hendak dibandingkan dengan penilaian yang begitu mudah untuk ditafsir menerusi rakaman video saja.