Polis Dubai perkenal kenderaan canggih 'hoverbike' perangi jenayah

  • 7 years ago
Polis Dubai sememangnya terkenal dengan kelengkapan yang sungguh luar biasa. Selain memiliki koleksi kereta 'supercar' seperti McLaren, Lamborgini dan banyak lagi.

Kini Polis Dubai telah melangkah ke depan dengan menggunakan kenderaan 'hoverbike' atau motosikal terbang bagi urusan memerangi jenayah dengan lebih efisen.

Hoverbike mampu terbang pada altitud lima meter dan mencapai kelajuan melebihi 75km/j dengan menggunakan motor eletrik berkuasa bateri yang boleh berfungsi selama 25 minit bagi setiap kali dicas penuh.

Buat masa ini Polis Dubai akan menggunakan 'hoverbike' untu pergi ke lokasi-lokasi yang sukar dijangkau oleh kenderaan biasa contohnya seperti kawasan yang mengalami kesesakkan jalan raya.

'Hoverbike' mampu menampung beban muatan seberat 272kg, di mana ia cukup membawa seorang anggota polis.

Jentera yang kelihatan seperti dron ini telah dipertontonkan pada acara Gulf Information Technology Exposition (GITEX), dan dibina oleh syarikat Hoversurf dari Rusia. Pembinaan ‘motosikal terbang’ ini diasaskan dari produk Hoversurf sendiri, dari model Scorpion-3.