Pemuda PAS minta polis siasat dana DAP

  • 5 years ago
Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis besar-besaran terhadap DAP bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa parti itu menerima dana RM300 juta daripada negara asing, termasuk Israel.

Naib ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan, Ubaid Abd Akla berkata laporan polis itu difailkan memandangkan tiada tindakan susulan diambil pihak berkuasa selepas dakwaan itu dibuat tiga individu sebelum ini.

Katanya lagi, laporan polis itu juga dibuat berdasarkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam di Terengganu, supaya pihak berkuasa melakukan tindakan susulan berhubung pendedahan tersebut.

"Ini (dana DAP) dah disahkan lagi International Republican Institute (IRI) secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi hari ini.