1MDB: Polis siasat Pua ikut Kanun Keseksaan
  • 9 years ago
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini diarahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan mengenai ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen" berhubung pendedahannya mengenai skandal 1MDB.

Pua memberitahu dirinya disoal-siasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan (aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen) dan Seksyen 124J (memiliki dokumen dan penerbitan yang memudaratkan demokrasi berparlimen) berhubung hubungannya dengan editor portal Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan bekas pekerja PetroSaudi Xavier Justo oleh pegawai dari Unit Siasatan Khas - bahagian pendakwaan dan undang-undang (D5).