'Peminat bola kagum kesungguhan Thiago'

  • 7 years ago
Aksi beliau berlari selepas cuba melakukan cubaan mendapat jeritan gemuruh peminat bola sepak Perak malam tadi.

Dengan kepala dan hidung yang berbalut pemain ini tidak mengendahkan kecederaan yang dialami dan bermain sepenuh jiwa demi penyokong dan lencana di dada.

Thiago Junior Aquino tonggak pertahanan Perak ini layak diangkat sebagai pahlawan The Bos Gaurus.

Tidak dinafikan ada kesilapan dan kelonggaran tetapi tiada siapa boleh menafikan kesungguhan pemain ini.

Dia tidak menunjukkan amarahnya kepada kapten yang melakukan kesilapan tetapi terus berjuang bermati-matian.

Tiga tahun bersama Perak para penyokong dan peminat boleh menilai komitmen pemain dipadang.

Beliau membuktikan gaji yang diterima setimpal dengan apa yang ditonjolkan.

Thiago, biar lah mahu jadi mumia atau apa saja, anda wira, pahlawan dan bukan pemain yang biasa.