Detik dramatik lelaki meluru cuba kawal streng pemandu bas

  • 7 years ago
Seorang lelaki dipercayai penagih dadah secara tiba-tiba meluru ke hadapan bas lalu mengganggu stereng yang dipandu pemandu bas, mengakibatkan kenderaan itu terseret ke sisi sebuah terowong di bandar Changsha, di China.

Dipercayai, kejadian itu berlaku pada sebelah malam 24 September lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, lelaki itu turut menghentak seorang penjual tiket bas dengan tukul kecemasan bas.

Beberapa penumpang tercampak namun mereka sempat menahan lelaki itu sehingga ketibaan polis.