'Ini tidak harus terjadi'

  • 7 years ago
Sukan bola sepak seharusnya menyatukan, tidak kira bangsa, agama atau pun negara.

Tetapi dalam premis itu bola sepak tetap ada cacat celanya, pertelingkahan dan adu domba sering terjadi di kancah sukan nombor satu dunia ini.

Tidak kira diperingkat tertinggi dunia atau hanya antara rumah sukan. Bola sepak sering menjadi perbalahan.

Lihat rakaman ini, para pemain terbaik dunia juga tidak ketinggalan terbabit dalam pergaduhan dan ketidakpuasan hati kerana bola sepak.

Sengaja atau ingin menang? Tiada siapa yang tahu. Sedar atau tidak marah tercetus kerana bola sepak.

Seharusnya ini tidak berlaku kerana Bola sepak itu menyatukan, tidak kira bangsa, agama atau pun negara.