Kenapa bina KLCC? Ini jawapan Tun M

  • 7 years ago
"Kalau kita mahu membina bangunan yang tinggi, kenapa tidak bina yang tertinggi?", itu jawapan yang diberikan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya wartawan CNN Indonesia alasan beliau membina menara berkembar Petronas.

Menurut Mahathir pada mulanya tidak ada rancangan untuk membina bangunan tertinggi di dunia ketika itu.

Tetapi ketika dalam proses merancangan beliau diberitahu hanya sedikit sahaja penambahan yang harus dilakukan untuk menjadikan bangunan itu tertinggi di dunia ketika itu.

"Pada mulanya tidak ada rancangan untuk membangunkan bangunan yang lebih tinggi daripada PWTC dan lain-lain.

"Tetapi ketika kita membuat perancangan, kita mendapati hanya sedikit saja lagi yang perlu ditambah untuk menjadi bangunan yang tertinggi di dunia, jadi kenapa tidak?."

Tun M berkata begitu dalam satu temubual eksklusif bersama rangkaian CNN Indonesia yang disiarkan di mana Youtube pada enam September lalu