'Kenapa tak saman DAP, geng ini suka tuduh saya langgar SOP'

  • 2 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang tidak didenda ketika Kongres DAP hujung minggu lalu.

Meskipun mendoakan supaya Lim cepat sembuh, Najib sempat membidas veteran DAP itu kerana dikatakan melanggar SOP apabila berpelukan selepas mengumumkan akan bersara daripada politik pada acara berkenaan.