Video perpisahan dari Messi buat Neymar

  • 7 years ago
Selepas pengesahan Barcelona tentang perpindahan bintang mereka Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan tertinggi dunia RM1.12 bilion ( 222 juta euro).

Penyerang dan bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi mengucapkan selamat tinggal buat Neymar menerusi satu video penuh emosi di laman Instagramnya.

Video berdurasi 38 saat itu memaparkan detik indah Neymar bersama Messi ketika di Barcelona.

Dengan kapsyen "“Ia merupakan satu penghormatan untuk berkongsi bilik persalinan bersama kamu sepanjang beberapa tahun ini kawanku, Neymar",

“Semoga berjaya di bahagian baharu karier anda".
Video berkenaan ditonton lebih 10 juta kurang 15 jam ia dimuat naik.

Kini tiada lagi trio MSN ( Messi, Suarez dan Neymar) di Barcelona.