Rumah PPR, PR1MA untuk pengiat seni

  • 7 years ago
Bagi meringankan beban para penggiat seni, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan Program Perumahan Rakyat (PPR) serta Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) kepada golongan berkenaan.

Menurut Najib, melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperuntukkan sebilangan rumah yang akan diberi kepada penggiat seni terutamanya golongan veteran dan tidak berkemampuan.

"Kita telah bersetuju untuk peruntukkan sebilangan rumah tertentu melalui PPR pada golongan seni terutamanya golongan veteran dan lama yang memerlukan kediaman.

"Saya juga bersedia untuk meminta PR1MA iaitu rumah mampu milik untuk golongan penggiat seni, budayawan, sasterawan. Dan ini juga boleh dipertimbangkan dari masa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama sasterawan, karyawan, seniman, budayawan dan penyiar di Seri Perdana Putrajaya malam tadi.