Pesawat Hawk TUDM terputus hubungan

  • 7 years ago
Sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

Markas Tentera Udara mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi dan terputus hubungan pada 11.30 pagi.

Pihak TUDM mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat.