'Apa hubungan RM181 juta ini dengan derita rakyat miskin menganggur__ - Anwar

  • 3 years ago
Perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bermula hari ini dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi penekanan kepada peningkatan peruntukan untuk kakitangan kontrak yang diambil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ahli Parlimen Port Dickson itu mengkhususkan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit untuk kakitangan kontrak, iaitu peningkatan sebanyak RM181,446 juta berbanding tahun sebelumnya dan mendakwa ia sebagai lantikan politik oleh kerajaan.