Anwar sindir Mat Hasan, 'Baik dengan PAS, jual arak tak apa'

  • 5 years ago
Presiden PKR, Anwar Ibrahim malam tadi mempertahankan hak orang bukan Islam untuk minum minuman keras.

Pada masa sama beliau juga mempertahankan hak menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun agar tidak bersubahat dalam isu membabitkan penjualan bir.

Beliau berkata demikian susulan arahan untuk melarang penjualan alkohol di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) - di mana Aminuddin Harun menjadi presidennya selepas dilantik sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Kampung Felda Sendayan sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Rantau.

Pengharaman bir di SIGC dilaporkan berkuat kuasa Ogos tahun lepas, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negeri ini.

Larangan itu dibatalkan selepas mesyuarat agung luar biasa minggu lalu.

Recommended