'Nenek Kungfu' tular di media China

  • 7 years ago
‘Nenek kungfu’ itulah gelaran yang diberikan kepada Zhang Hexian, wanita yang kini berusia 94 tahun.

Tinggal di Wilayah Zhejiang, dia kini menjadi perhatian dan tular di media China apabila wanita ini masih mengamalkan kungfu dalam kehidupan sehariannya.

Memetik laporan BBC, anaknya, Feng Chuanyin berkata, ibunya sentiasa mengamalkan cara hidup seorang ahli kungfu, tidak hanya berlatih malah menggunakan kemahiran kungfu dalam rutin hariannya.

“Saya akan pukul cucu saya kalau mereka main telefon bimbit depan saya. Bagi saya, kungfu lebih bermanfaat daripada aktiviti mereka itu,” katanya.