Siasat video tular 'ayah pandai masak air ketum' - NUTP

  • 4 years ago
Penyebaran video kanak-kanak sekolah yang menjawab soalan guru dengan berkata bahawa bapanya pandai masak air ketum tidak wajar dan tidak sepatunya berlaku.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang bercakap kepada Harian Metro, beliau sudah melihat video yang tular di media sosial pagi tadi dan masih belum mengetahui punca sebenar bagaimana video berkenaan boleh tular.

Menurut beliau, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan NUTP memandang serius perkara itu kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.