TDM nafi kenyataan tular benarkan Hisham kempen di kem tentera
  • last year
Tentera Darat Malaysia menafikan kenyataan tular kononnya Panglima Tentera Darat membenarkan Menteri Kanan Pertahanan sementara, Hishammuddin Hussein berkempen di mana-mana kem tentera darat.

TDM menjelaskan kenyataan Jeneral Zamrose Mohd Zain telah dimanipulasi pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya.

Menurut TDM, Panglima Tentera Darat dalam sidang medianya baru-baru ini hanya memperingatkan anggota tentera untuk tidak terlibat secara langsung dalam kempen PRU15 kerana melanggar peraturan.

TDM turut menyeru agar semua pihak berhati-berhati dalam menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang belum disahihkan