Video diplomat Sri Lanka kena pukul di KLIA
  • 8 years ago
Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar telah diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.

Kementerian Luar Sri Lanka, dalam kenyataan di laman sesawangnya, berkata pesuruhjaya tinggi itu diserang oleh sekumpulan orang.

Sementara itu, akhbar Daily Mirror Sri Lanka, melaporkan pesuruhjaya tinggi itu mengalami kecederaan di kepalanya manakala seorang lagi pegawai pejabat suruhanjaya itu turut cedera.

Menurut laporan itu, kumpulan pegawai Sri Lanka berkenaan bertembung dengan kumpulan penunjuk perasaan di lapangan terbang ketika mereka tiba untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan ahli parlimen Sri Lanka yang mengiringi bekas presiden negara itu, Mahinda Rajapaksa.

Akhbar itu memetik bekas menteri Sri Lanka, Johnston Fernando sebagai berkata serangan itu dilakukan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah kehadiran bekas presiden itu.