Dua syarikat penerbangan beroperasi tanpa lesen - MAVCOM

  • 8 years ago
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat Suasa Airlines Sdn Bhd dan Monspace Sky Airline kerana mengendalikan penerbangan tanpa kelulusan.

MAVCOM dalam kenyataan menjelaskan syarikat itu pernah mengemukakan permohonan untuk mengendalikan operasi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai lalu.

Berita Harian melaporkan Suasa Airlines Sdn Bhd yang mula menjengah industri penerbangan pada 19 April lalu dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Jabarullah Abd Kadir yang juga Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Penerbangan Malaysia (MASEU).

Recommended