Suruhanjaya penerbangan batalkan lesen Rayani Air

  • 8 years ago
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia hari ini membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara kepada syarikat penerbangan Rayani Air.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu mendapati Rayani Air telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan dan tidak mempunyai keupayaan kewangan dan pengurusan untuk terus beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.