Saman DOJ: Najib minta jangan buat andaian

  • 8 years ago
Datuk Seri Najib Razak menasihatkan agar tiada sebarang andaian dibuat berikutan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas beberapa individu berhubung skandal 1MDB.

Perdana Menteri yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Felda di Kuala Lumpur, beliau menegaskan tidak wajar buat apa-apa kesimpulan sehingga proses itu selesai.

Katanya, menerusi rakaman video oleh Malay Mail Online hari ini, Najib juga menegaskan bahawa saman DOJ itu bukannya saman jenayah sambil menambah pihak kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua badan siasatan antarabangsa.

Recommended