Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

  • 8 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika, semalam kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset.

Ditanya sama ada wujudnya perjanjian untuk tidak menamakan Najib, Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch menjelaskan, perjanjian pihaknya hanya untuk merangka aduan seperti yang dilakukan dalam hal pelucutan hak sivil dan ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu.

"Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan. Jadi ini, akan menjadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan," katanya pada sidang akhbar DOJ di Washington DC yang disiarkan secara langsung melalui internet.