Video: Hadiah gambar ibu di hari graduasi raih simpati netizen

  • 8 years ago
Satu rakaman video seorang wanita menangis sebaik sahaja membuka hadiah yang diterimanya ketika hari graduasinya viral di laman sosial.

Video yang dikongsikan oleh facebook Siakap keli itu mendapat tontonan hampir sejuta pelayar dan dikongsi lebih lapan ribu pengguna.

Dengan tulisan 'semangat kakak bukak hadiah kitaorang 1 family kasi untuk graduation dia. Sebak tak terkata tanpa arwah mak. Mak mesti bangga dengan kakak. Tahniah Kakak. I love you. AlFatihah buat arwah ibu tercinta. Semoga tenang disana. We love you Mak'.