Video 'kantoi' curi sayur raih simpati

  • 9 years ago
Sebuah video menunjukkan seorang wanita ditangkap kerana mencuri meraih simpati pengguna media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman tersebut wanita berkenaan diarahkan untuk mengeluarkan barangan yang dicuri dan diletakkan diatas meja dan barangan tersebut adalah barangan makanan seperti sayur mentah, makanan dalam tin dan beberapa makanan mentah lain.

Facebook I love Pahang yang memuat naikkan video berkenaan mengatakan wanita berkenaan diminta membayar ganti rugi 10 kali ganda dari nilai barangan curian dan ini meraih simpati pengguna yang kebanyakkannya mengaitkan dengan keadaan ekonomi negara yang semakin menghimpit rakyat hingga memaksa ada dari kita yang terpaksa melakukan kesalahan seperti mencuri untuk meneruskan hidup