Letupan kuil India: 5 pekerja ditahan polis
  • 8 years ago
Polis India menahan lima pekerja pengeluar mercun berikutan kejadian letupan bunga api di sebuah kuil yang menyebabkan 108 maut dan 308 yang lain cedera.

Letupan berlaku apabila bunga api yang disimpan dalam kuil berkenaan meletup semalam, selepas disambar api ketika ribuan orang berada di kuil berkenaan sempena perayaan permulaan tahun baru Hindu.