Muhyiddin: Barah dan nanah dalam Umno mesti ditolak
  • 8 years ago
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini tampil melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB.

Dalam ucapannya di hadapan ribuan penyokong di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Muhyiddin menegaskan bahawa pihak yang bermasalah dalam Umno harus ditolak.