Rayuan ditolak, Muhyiddin, Shafie dihalang berucap di pentas Umno
  • 8 years ago
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal daripada berucap semasa sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-69.

Keputusan itu dibuat selepas rayuan yang dibuat oleh kedua pimpinan tertinggi Umno itu dalam mesyuarat AMT sebentar tadi.