Anwar jelas mengapa tawaran Muhyiddin ditolak mentah-mentah
  • 3 years ago
PH menolak tawaran kerjasama yang dibuat oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana tiada sebarang rundingan rasmi dibuat sebelum itu, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tawaran Muhyiddin itu juga dibuat ketika Presiden Bersatu itu telah hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang mempersoalkan mengapa PH menolak tawaran kerjasama oleh Muhyiddin namun menerima tawaran kerjasama oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.