Bekas anggota RCI mahu SB bebas dari pasukan polis
  • 8 years ago
Bekas anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Dr Denison Jayasooria menggesa kerajaan untuk mengkaji keperluan bagi Cawangan Khas (SB) bebas daripada pasukan polis bagi menghalang agensi perisikan itu disalahgunakan untuk tujuan politik.

Menurut Denison, suruhanjaya itu membincangkan sama ada negara ini boleh mencontohi amalan di Australia, New Zealand dan Singapura, di mana agensi perisikan mereka beroperasi secara bebas.