Menteri berang, lagi gambar 'makan telur penyu' disebar

  • 8 years ago
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berang kerana lebih banyak gambar yang menunjukkan beliau makan telur penyu dimuat naik di laman sosial.

Katanya kepada Malaysiakini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebar gambar-gambar berkenaan.