Parti Erdogan menang besar pilihanraya Turki
  • 8 years ago
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, 61, menegaskan bahawa dunia perlu menghormati keputusan rakyat negara ini yang mengundi untuk kestabilan dalam pilihan raya parlimen dengan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) yang diasaskan beliau memenangi hampir 50 peratus undi keseluruhan.

AKP yang berteraskan agama Islam menang besar dalam pemilihan kelmarin, mengembalikan Turki kepada kepimpinan parti tunggal. AKP memenangi 49.4 peratus daripada undi 78 juta rakyat Turki, membolehkannya membolot 316 daripada 550 kerusi Parlimen dan jauh melangkaui apa dijangkakan termasuk dalam parti itu sendiri.
Recommended