PRK Tg Piai: Pertarungan hanya dua parti BN dan PH, parti lain tiada harapan menang
  • 4 years ago
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata calon Gerakan dan bebas tidak akan mempunyai harapan di Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 November nanti

Jelasnya, pengundi di kawasan itu hanya akan mempertimbangkan dua parti utama sahaja yang bertanding iaitu sama ada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional (BN).

“Yang lain jumlahnya 2 peratus tidak akan sampai dapat undi. Itu jelas sama ada Pakatan Harapan atau BN sahaja, oleh itu Gerakan dan sebagainya angkanya sangat rendah,” katanya di Pejabat IDE.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang peluang peluang Gerakan yang meletakkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam untuk bertanding.
Recommended