Masih minum air kotor, orang asli buat aduan ke SPRM
  • 9 years ago
Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung masalah pencerobohan yang berlaku di kampung-kampung orang asli.

Pengerusinya, Tijah Chopil berkata, meskipun projek bernilai ratusan juta ringgit sudah dibuat untuk komuniti orang asli, masalah tetap berterusan kerana terdapat projek yang masih belum selesai.