Anwar lawan bekas pembantu di Kerdau

  • 9 years ago
Jika Pakatan Rakyat menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai senjata terakhirnya, BN juga mempunyai keupayaan yang sama dalam pilihan raya kecil Kerdau yang kini masuk hari-hari terakhir.

Bukan sahaja saksi penting perbicaraan liwat 1998, Ummi Hafilda Ali turun ke Kerdau, tetapi dua bekas pembantu Anwar - Rahimi Osman dan Rashid Rosdi - juga berikrar berkempen bagi menafikan "fitnah" ketua pembangkang itu.

"Temerloh ini memang kampung saya. Saya tak mahulah mereka termakan fitnah Anwar ini," kata Rahimi yang kini memakai baju BN.