Banjir landa Jepun, 100,000 diarah pindah

  • 9 years ago
Pihak berkuasa Jepun mengarahkan kira-kira 100,000 penduduk yang menetap di utara negara itu supaya berpindah selepas hujan lebat dan kejadian tanah runtuh.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan arahan itu kepada penduduk yang menetap di wilayah Tochigi dan Ibaraki, utara Jepun bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa.