'Ambil iktibar kluster Aidilfitri' - 4,839 kenderaan diarah berpatah balik
  • 3 years ago
Sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba melepasi sekatan jalan raya diarah berpatah balik pada Jumaat 16 Julai lepas, jumlah tertinggi kenderaan diarah berpatah balik sejak Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kenderaan yang diarah berpatah balik itu dipercayai cuba mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.