Obama arah Amerika terima 10,000 pelarian

  • 9 years ago
Di sebalik bidasan bahawa Amerika Syarikat tidak mempedulikan nasib pelarian dari Asia Barat, Presiden Barack Obama mengarahkan Washington DC supaya menerima lagi sekurang-kurangnya 10,000 pelarian Syria.

Jurucakap White House, Josh Earnest berkata Obama mengarahkan kakitangannya supaya mempercepatkan pengambilan pelarian daripada sekitar 1,500 pada fiskal tahun ini kepada 10,000 pada fiskal kedua bermula, 1 Oktober depan.