Tindakan gugur keahlian Umno Anina betul

  • 9 years ago
Ahli majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata tindakan setiausaha agung parti yang mengeluarkan surat bagi memaklumkan kepada Anina Saadudin bahawa keahliannya terlucut selepas menyaman Datuk Seri Najib Razak adalah betul.

Katanya perlembagaan Umno menyatakan bahawa mana-mana anggota yang membawa hal parti ke mahkamah secara automatik terbatal keahlian mereka.