PAS lapor polis BERSIH 4 pijak gambar Hadi, Najib
  • 9 years ago
PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan BERSIH 4 kerana mendapati ada peserta demonstrasi bertindak memijak gambar presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan polis itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.