Hadi kritik media lapor dakwaan salah laku sebelum dibawa ke mahkamah
  • 2 years ago
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengecam media kerana melaporkan dakwaan salah laku individu sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah.

Beliau membuat kritikan itu dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Abdul Hadi tidak menamakan individu itu tetapi kenyataan itu dibuat di tengah-tengah perhatian orang ramai mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua syarikat senaraian awam.